Pahit Akan Manis Juga Akhirnya

September 16th, 2006 by floranis

Pahit Akan Manis Juga Akhirnya

Dari email aku lagi nihh……………

Minggu lepas, saya ke kedai rakan saya untuk menggunting rambut. Kebetulan,
ketika itu rakan saya agak sibuk kerana sedang melayan seorang rakan lain
yang datang untuk menggunting rambut anaknya yang baru berusia 3 bulan.
Jadi rambut saya dipotong oleh pembantunya, seorang muda yang baru tamat
latihan. "Macamana bang? Tapak satu ke kosong?" tanya pemuda itu. "Kosong!"
jawab saya sambil menyambut senyumnya.

Ketika dia sedang ‘menebas’ rambut di kepala saya, anak rakan saya di
sebelah tidak habis² menangis. Iyalah. Budak kecil bukan tahu apa. Tetapi
tangisan bayi tersebut menarik perhatian pemuda yang menggunting rambut
saya. "Lama tak dengar suara budak kecil menangis." katanya. "Seronok kan?"
tanyanya. Saya hanya tersenyum. Kemudian saya bertanya kepadanya "Kau dah
kahwin?" "Belum…" jawabnya ringkas.

"Tunggu apa lagi? Kahwin cepat la bagus…" "Belum ada rezeki bang…"
jawabnya lagi sambil terus tersenyum. "Rezeki ada je di mana². Mana boleh
kata belum ada rezeki" jawab saya pula. Dia tersenyum lagi. Kali ini dia
menukar jawapannya kepada ‘belum sampai seru’. Okaylah kata saya. Kalau
kata belum sampai seru, atau maksudnya belum bertemu jodoh, mungkin saya
boleh terima lagi.

Entahlah. Akhir² ini saya asyik menasihatkan orang² muda yang saya temui
agar berkahwin cepat. Pantang terdengar mereka berbual tentang perempuan,
atau ‘bergayut’ di telefon lama², pasti saya akan ‘menggatal’ menyuruh
mereka berkahwin segera. Ramai yang memberi alasan mereka masih muda.
"Huh!" dengus saya. "Aku dulu ingat umur 27 masa aku kahwin dulu tu muda
lagi. Rupanya 27 tu dah terlalu tua sebenarnya…"

Tetapi yang paling ramai memberikan alasan mereka belum cukup wang, tidak
cukup bersedia atau kerjaya belum kukuh. Sebenarnya, saya cukup akui
perihal jodoh ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Menentukan semata². Jika
Allah menentukan belum ada jodoh untuk kita, buatlah bagaimana sekalipun,
kita tetap tidak akan berkahwin. Tetapi untuk menjadikan ‘rezeki’ atau wang
sebagai alasan, saya cukup tidak berkenan.

Saya teringat ketika saya hendak berkahwin dahulu. Sebelum saya mengikat
tali pertunangan, saya telah pun mempunyai satu kerjaya yang boleh
dikatakan stabil. Walaupun tidak semewah mana, namun saya masih mampu
berkereta dan mampu menanggung ibu bapa saya serta mempunyai sedikit ‘wang
saku’ untuk berfoya² (ini zaman muda² dulu la…). Namun segalanya berubah
tidak lama selepas saya bertunang.

Syarikat tempat saya bekerja mula mengehadkan dan mengawal jumlah jam kerja
lebih masa (OT). Pendapatan saya mula berkurangan. Bukan sedikit tetapi
hampir seribu ringgit juga sebulan. Ketika itu, perniagaan yang saya
jalankan juga mula dilanda masalah dengan rakan kongsi saya melarikan wang
pelaburan saya. Akhirnya saya mula ‘berkawan rapat’ dengan kad kredit.
Mula² memang mudah tetapi lama kelamaan saya jadi kian tersepit.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk bertukar tempat kerja. Saya menyertai
syarikat saya bekerja sekarang ini sebagai pelatih. Berapa sen sangat gaji
yang saya perolehi sebagai pelatih. Selepas dibayar kad kredit, selepas
ditolak duit kereta dan duit untuk ibu bapa saya, yang tinggal untuk saya
adalah negatif. Dengan majlis yang bakal berlangsung tidak berapa bulan
lagi, saya mula kehilangan arah.

Sesekali syaitan berbisik kepada saya untuk membatalkan perkahwinan. Tetapi
tidak! Saya perkuatkan azam dalam hati untuk menunaikan janji yang telah
saya buat. Di ketika itu juga, Allah telah memancarkan sinar hidayahNya
kepada saya dan membawa saya pulang ke jalan yang dia redhoi. Saya mula
belajar untuk mensyukuri nikmat dan belajar untuk berkata cukup dengan apa
yang saya ada.

Saya mula pasrah dengan apa yang terjadi. Dan ketika majlis penyerahan wang
hantaran hampir sampai, saya hanya ada sepuluh ringgit di dalam poket.
Tunang saya (kini isteri) ketika itu pula masih menuntut di maktab.
Bagaimana pula dia dapat membantu. Dan kerana dia masih di maktab jugalah
kami harus kahwin segera. Kerana saya tidak mahu dia dihantar bertugas jauh
sebaik selesai pengajiannya.

Akhirnya, apabila tiba hari penyerahan wang hantaran, saya bertekad untuk
menggunakan wang ansuran bulanan kereta. Ketika itu, bayaran kereta saya
‘tersangkut’ untuk dua bulan. Pihak bank sudah sibuk menghubungi dan
mengugut untuk mengeluarkan surat tarik. Kad kredit saya juga sudah tidak
boleh digunakan lagi. Ada yang sudah sampai tahap maksimum dan juga yang
digantung kerana tiada pembayaran dibuat.

Saya jadi begitu buntu. Tidak tahu bagaimana saya boleh dapat sumber lagi
untuk meneruskan majlis yang telah dirancang. Nasib saya baik, tidak berapa
lama sebelum majlis, saya terdengar berita isteri seorang dari teman saya
diberhentikan secara VSS. Dengan muka tidak malu, saya pinjam darinya
RM1000. Dan dengan berbekal wang sebanyak itu, dengan kereta tergantung 3
bulan, dengan kad kredit yang dibekukan, majlis saya dilangsungkan…

Tetapi itu cerita dulu. Kini semuanya sudah selesai. Alhamdulillah saya
dikurnai seorang isteri yang penyayang dan sebuah keluarga yang bahagia.
Anak akan bertambah menjadi dua pada penghujung tahun ini, insyaAllah.
Kini, hutang kepada teman saya sudah dilangsaikan. Kad kredit yang dahulu
sudah saya potong selepas bakinya saya selesaikan. Dan, kereta saya juga
masih wujud hingga hari ini dan digunakan oleh ayah saya untuk ke kebun.

Inilah yang dinamakan rezeki. Sebenarnya, selepas berkahwin pun hidup saya
tidaklah berubah serta merta. Tetapi sedikit demi sedikit keadaan menjadi
lebih baik. Setahun selepas perkahwinan kami, latihan saya pun tamat dan
saya telah menerima kenaikan gaji yang agak selesa. Isteri saya juga tamat
pengajiannya di maktab dan ditugaskan mengajar di sekolah yang berhampiran
rumah kami. Keadaan telah menjadi benar² pulih.

Kelahiran anak sulung kami, Nurul Naqibah Izzati juga bagaikan ‘membawa
rezeki’ kepada kami. Rezeki yang kami terima bagaikan melimpah ruah. Pada
ketika itu, saya rasakan kepala saya cukup lapang. Dan hidup saya juga amat
tenteram. Tetapi langit tidak sentiasa cerah. Ada juga kalanya kami
tersepit. Dan kini isteri saya hamil lagi. Untuk seketika, kami dilanda
sedikit kesempitan tetapi tetap, tidak seteruk yang pernah kami alami
dahulu.

Tetapi seperti kata orang tua², setiap anak ada rezeki mereka sendiri. Hari
ini, saya dapat lihat beberapa ‘pintu rezeki’ yang baru mula terbuka untuk
kami jengah. Saya yakin malah begitu yakin sesungguhnya rezeki itu ada di
mana². Saya yakin Allah tidak akan pernah menduga hambaNya dengan dugaan
yang tidak mereka sanggup tempuhi. Dan saya cukup yakin, segala pahit akan
manis juga akhirnya.

Kerana itu, saya tidak merasa gusar lagi. Belanja kelahiran anak kedua
kami, belanja untuk Naqibah yang kian membesar, kos untuk perpindahan rumah
kami dan segala apa beban yang sedang dan akan kami tanggung, saya pasti
Allah telahpun menyediakan jalan penyelesaiannya. Yang penting untuk diri
saya, mesti terus berusaha dan mesti terus berdoa. Dan paling penting,
mesti sentiasa yakin kepada sifat a-Rahman dan ar-RahimNya.

Saya pasti, ada orang yang pernah mengalami pengalaman yang lebih
memeritkan dari apa yang kami alami. Tetapi percayalah, saat paling indah
untuk sesuatu penyiksaan itu ialah tatkala mengenangnya apabila semua
siksaan tersebut sudahpun selesai. Terasa manisnya hidup ketika itu. Sebab
itu, kadangkala saya akan mengungkit kisah ini dengan ibu bapa atau pun
isteri saya. Kami pasti akan tersenyum mengenangkannya.

Dan kerana itulah, saya seakan tidak dapat menerima apabila orang
mengaitkan rezeki dan wang sebagai alasan mengapa mereka masih belum
berkahwin. Rezeki itu milik Allah sebenarnya. Apa yang perlu kita lakukan
hanyalah berusaha sekuat mungkin dan berdoa sebanyak yang boleh.
Selebihnya, serahkan kepada Allah untuk melaksanakan rencanaNya.
Sesungguhnya Allah itu Sebaik² Perencana.

Jika rasa hendak berkahwin, berkahwinlah. Janganlah risaukan soal rezeki.
Sesungguhnya perkahwinan adalah sesuatu yang mulia. Perkahwinan juga
merupakan ibadah. Dan Allah telah menjanjikan bantuan untuk mereka yang
berbuat sesuatu keranaNya. Dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri
janji. Asalkan yang paling penting, dapatkan doa restu dan keizinan dari
orang tua. Dan perbetulkan niat perkahwinan ini didirikan kerana Allah,
bukan nafsu semata². Yang selebihnya, serah sahaja kepadaNya. Percayalah,
pahit akan manis juga akhirnya. Jika tidak di sini, mungkin nanti di
sana…..Img_0861

MemiLiH dan TeRpiLih

August 16th, 2006 by floranis

sekadar petikan dari emel yg aku dpt… utk dikongsi bersama… bukan nak
perli sesiapa..

Kisah: Memilih dan terpilih…

Ini kisah perjumpaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah.
Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum
kopi sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia
zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka
sekarang ini. "Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang
kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai
sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya
saya masih membujang.

Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat
bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi
isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku
tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan
dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku
berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu,
ia banyak tingkah laku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan
pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung
perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu
yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada
wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita
ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati,
dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang
lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk
saya".

"Lantas?", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang
terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu
menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari
lelaki yang sempurna".

Kesimpulan :
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu? Nobody’s perfect. Jadi jangan
menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita
mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, kalau kita mau
mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna
di hadapan orang lain…

SUKMA DATANG LAGI!!!

May 24th, 2006 by floranis

SUKMA kali ke 11 nih di Kedah.. UUM jadi perkampungan semua athlit. Meriahlah..bykla bendera-bendera berkibaran di setiap kolej mengikut negeri masing2. Kolej aku menempatkan kontijen PERAK. Macam ada aura ja aku ngn Perak nih.. hehehe…ok kejor yop kejor!!

Dulu time sek, teringin gak nak wakil SUKMA tapi tak terpilih pun, sekadar sampai daerah in Hockey game..mungkin tak Ganaz kot..heheehehh…tapi la nih sekadar jadi penonton pun ok gak….

ok sama2 menghangatkan sUKMa di kedah..Moh Tuai padi di jelapang!! nana n afiz slamat menjadi SukaRelawan yg disegani uikks…………:)-

Kesibukan lagi

May 22nd, 2006 by floranis

Dah lama  tak menular di blog nih… asyik dok bz ja memanjang entah apa bz pun tak tau. but sometimes kesibukan pun ok gak. Ia bagaikan membunuh kebosanan dan kerisauan yg meLanda……..ia juga membunuh virus-virus benci dlm diri kita nih…

bz ngn anak sedara, bz ngn kerjaya n masa depan, bz ngn preparation retreat,bz ngn kenduri kekawan yg bakal menjelang…. n saja buat2 bz……..

walau bz macam manapun, yg pasti apa saja yg kita lakukan, mesti ada kepuasan pada diri sendiri…………….

kaWan..Sahabat…..Rakan…2006

May 3rd, 2006 by floranis

Orang yang menunjukkan kebaikan pada anda itu ialah sahabat yang baik, dan orang yang menunjukkan kesalahan pada anda itu adalah sahabat yang lebih baik.

- Anonymous

Friendship is certainly the finest balm for the pangs of disappointed love.

- Jane Austen

Don’t walk behind me, I may not lead. Don’t walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be
my friend.

- Albert Camus

Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It’s not how much love you have in the
beginning, but how much love you build till the end.

- Anonymous

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di samping mu ketika kamu memerlukan sokongan, walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

    - hambaNya

Jika engkau ingin kan seorang sahabat, hendaklah diri engkau sendiri menyempurnakan dan menjadi  sahabat orang.

     -Hamka

@ terfikir nak post ni sb. ada org kata kita adalah siapa kekawan disekeliling kita..ttp tak semua kwn kita….,kita dpt accept ttg perangainya……yg gediK tu yg aku x tahan and x dpt terima seadanya…….CAMANA YA….yupppss kena melaluinya……buat sementara waktu… dan tika nie

UUM Hilang Seri……………

April 23rd, 2006 by floranis

ke manakah serinya???? Yup’s kuntuman-kuntuman bunga…………

Nana, Azy, ju, Nor n the geng (account group) dah terbang meninggalkan UUm…dah habis studylah katakan!! fuyoo ni mesti result Gempak nyer nihh… lepas nih selamat menempuh alam kerjaya yg penuh cabaRan, rintangan dan dugaan……Maybe  ada tu..nak disambar oleh kumbang-kumbang yg berada diluar sana, yg dah lama menanti ahakss…. Yang pasti, bina kerjaya dululah yer bior establish then baru fikiq nooo…..

selama 3-4thn bertarung, berjuang untk mendaptkan segulung Ijazah…..apapun moga bertemu kalian di majlis konvokesyen 2006 yg dijangka pada 9/9/06ni ya…. (aku sekadar meraikan)

Pada kekwn aku yg bakal Viva Selamat semuanya………moga berjaya mendapat gelaran Master mind….. Yakin Boleh!!!Selamat semuanya…Bern Kak Linda… bid..

## nana selamat balik Kg ke Lorong Seri…… tu yg UUm ilang Seri…….

**Pada azy maap bebanyak tak sempat jumpa smlm mmg tak dak jodoh nih..azy dah balik Perak….bila lagi akan jadi rakan roomate nana, begitulah sebagai seorg Teman …tapi Mesra :-)

TiTip Bait Kata…….

April 20th, 2006 by floranis

Teringat dulu time  sekolah cikgu byk berpesan…..

Sebetulnya Hartini….Tidaklah dpt kita mengenal org itu melainKan 3 waktU:

1. Tidak dpt diketahui adakah seorang itu pemaaf, melainkan ketika dia marah.

2. tidak dpat dikenali seorang yg berani melainkan pada waktu berjuang.

3. Tidak dpt kenal seorg Sahabat melainkan pd waktu susah!

                              -Lukman Al-hakim

Ada orang bertanya……………….

April 12th, 2006 by floranis

Ada orang bertanya lagiii, jodoh ??? Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah……….. perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.  Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

*** pesanan untuk all my sweetest friends!!!!huhuhu

April 12th, 2006 by floranis

ya perkara pertama hari nih dlm fikiran aku dah settle….apa lagi kalo tak JPA….on the way pi pjbt pos jumpa la ramai pakcik unit keselamatan buat rondaan… depa ni time stdnt exam ja slalu bt ronda..bukan tak bagguih tapi kekadang menjejaskan emosi stdt tu..tak semua stdnt ni yg ada sticker…sian gak kat depa, nak keperluan nak kemudahan…teringat time study dulu lah nihh…

ermm semlm saja aku mghabiskan masa edit my profill apa lagi colour yg aku pilih…..hehehe tau2 je jo nihh.. oraNge zahid AF2 la…. yg tu yg menawan pun (bagi aku la)…..panasnya bak mentari di uFuk timur…..ingat pi kenduri  rumah hang jo…makna????? siap bt setem AF lagi……hahhaahhaha

smlm aku dpt surat lagi……masalah sosial di kalangan stdnt skrg makin menjadi2…ermmm time exam sempat lagi pi bt pertandingn..ratu2 ??? apakah benda depa nih……tak ingt ka……nawaitu  ke U nih…hrpn mak ayah??? ke mana?? issh  depa la nihh tak takut…anggap mudah ja semua perkara!!!!…….

Jangan dirindu pada paras rupa

April 12th, 2006 by floranis

Jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..